Aktiviti PAS Sana Sini

Sumbangan Dana PRU-13 Pemuda Seremban

• Jenis Bank : Bank Islam
• Nama Akaun: Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban
• No. Akaun : 05012010026984

Tuesday, 10 April 2012

Tabung Dana PRU-13 Pemuda Seremban

Tabung Dana Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban secara rasminya dilancarkan oleh yang berbahagia Ustaz Khairil Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan pada majlis ceramah Pidato Anak Muda yang diadakan di Pejabat Majlis Tindakan DUN Lenggeng, Taman Panchor Jaya, Jumaat lalu.

Turut sama menyampaikan pidato pada malam tersebut ialah CheGuBard selaku penyelaras SAMM, Adam Adli dan juga Adun Kepayang YB Cha Kee Chin.

DPPKS amat mengalu-alukan sumbangan dari pelbagai pihak bagi membantu DPPKS menjalankan gerak kerja pilihanraya yang dijangka pada bulan Jun nanti. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut :

05012010026984 (Bank Islam)
Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban

Monday, 9 April 2012

Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda

08 April 2012 - Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban selesai mengadakan Muktamar Tahunan yang ke-24 dengan jayanya. Walaupun tidak semeriah muktamar tahun lalu kerana tiada pemilihan namun tema "Memimpin Kebangkitan Anak Muda" khasnya di DUN Lenggeng dan Seremban amnya tetap menjadi agenda muktamar DPPKS.

Muktamar DPPKS dirasmikan oleh ustaz Khairul Azlan bin Mazlan yang merupakan setiausaha Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat yang menggantikan ustaz Khairil Anuar Wafa. Dalam ucapan beliau banyak menyentuh gerak kerja pemuda menghadapi pilihanraya yang semakin hari semakin hampir.

Tuesday, 3 April 2012

Menjelang Muktamar DPPKSNS Kali ke-24

Muktamar tahunan DPPKS yang diadakan sebelum PRU-13, inilah peluang terbaik Pemuda di kawasan Seremban untuk merapatkan saf dan seterusnya menjana kemenangan PAS di kawasan PAS bakal bertanding. InsyaAllah!

Tuesday, 20 March 2012

Konvoi Daftar Pengundi di UPU Panchor dan Pantai

DACS Negeri Sembilan dengan kerjasama DPP kawasan Seremban akan menganjurkan Konvoi Daftar Pengundi baru di sekitar UPU Panchor dan Pantai pada 24 Mac 2012 ini.

Konvoi akan bermula dari Pusat Tarbiyyah, MTD Lenggeng, Taman Panchor Jaya pada pukul 8.00 pagi dan dijangka berakhir 5 jam kemudian. Tempat tumpuan jelajah konvoi ini antaranya Pasaraya Family Store (Taman Chengal), kawasan perniagaan sekitar Taman Ampangan dan Taman Telawi, surau Taman Bukit Margosa, Esso Taman Panchor Jaya dan Masjid Pekan Pantai.

Matlamat utama Konvoi Daftar Pengundi ialah mendapatkan seramai mungkin pengundi baru di dalam DUN Lenggeng untuk didaftarkan sebelum tamat suku pertama tahun 2012.

Maklumat lanjut jelajah konvoi ini sila dapatkan update terkini melalui laman sosial DPPKS Facebook dan Twitter.

Sunday, 11 March 2012

Majlis Makan Malam PAS Kawasan Seremban 2012

Abang Mat mai Seremban lagi tapi kali ini mai untuk makan malam. So sesapa nak makan bersama bang Mat sila dapatkan tiket kupon dengan menghubungi no diatas. Makan-makan sambil menambah kantung dana PRU.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sertai Email Group

Google Groups
Pemuda PAS Seremban
Email:
Visit this group